Teater- CUCI THE MUSICAL

Sekembalinya kita melibatkan diri kita dalam dunia pementasan teater! Yes!! Jiwa seni yang lahir dalam diri kita. Semua manusia mempunyai seni yang tersendiri. Kadang2 aku terfikir, adakah aku ditempat apa yang aku mahu? Bila berbalik kepada apa yang kita belajar selama ini, kehidupan kita semua, pernah tak tefikir yang semu aini juga adalah drama kehiudupan? Apa yang bezanya adalah director nya adalah kita sendiri. Haha! Aku adalah "drama queen". ^_^

Nampakkan poster kat sebelah nie? Pada bulan mei lepas, aku pernah ternampak satu ujibakat pasal cuci the musical ni dekat Linda Jasmine nye studio. Masa tu ada la propos gak kat seorang rakan nie tapi dia tak minat. Haha. Aku macam minat sebab nak sangat jebakkan diri dalam pementasan teater nie.Ada org cakap feeling die habis terbaik. Kalo tak jangan join. Memang la nak rasa tu lah nak try! Tapi memikirkan yang aku masih ada komitmen dengan study jadi..Lupakan! Lupakan!


Teringat masa kerja di istana budaya dulu. Baru paham penat lelah budak2 teater nie. Dah tu hari2 aku menatap muka dorang. Ishhh! Apa la life dorang kan? Penat! Penat! Apa keje yang tak penat? Then, paling best bila ada peluang nak tengok teater CUCI! yes! Haha. Sebab apa tau? Ini adalah peluang kedua yang aku di offer. Untung nye dapat rakan rakan yang tak lupakan kita nie. Seminggu sebelum tuh, ada rakan yang offer tengok dapat tiket, tapi last minit dia bagitau. Then after that, ada lagi org offer. Alhamdulillah. Thank you awak. Apa apa pun sapa yang tak dapat tonton CUCI THE MUSICAL, ada lagi teater lain. So, saksikan lah sedikit sebanyak apa kisahnya CUCI THE MUSICAL.


CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C'TAN (AC Mizal) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, FARAH (Adibah Noor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

Syabas cuci the musical!! 5 star!

No comments:

Post a Comment