Era kebangkitan semula UMNO bermula

Oleh Amran Mulup

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perhimpunan Agung UMNO 2009 disifatkan telah membangkitkan semula semangat juang tinggi di kalangan seluruh perwakilan parti sekali gus era kebangkitan semula UMNO dilihat akan bermula selepas ini.

Ketua Pergerakan Wanita, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, amanat, ucapan dasar dan penggulungan oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup jelas telah meniup semangat di kalangan 3.5 juta ahli untuk kembali berjuang menguatkan semula UMNO.

Justeru katanya, perhimpunan kali ini merupakan petanda bahawa UMNO akan kembali ke puncak asalnya.

- Utusan

No comments:

Post a Comment