NEW
YEAR
2010!!!
The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it. Never regret!! If it’s good, it’s wonderful. If it’s bad, it’s experience...


Ok, kali ini aku ingin berkongsi informasi mengenai bagaimana air boleh menguruskan badan anda semua, yang dipetik daripada rujukan yang boleh dipercayai.
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Haha macam lah aku pun buat kan? Takpa atleast kita buat dari tak buat langsung! Betol tak?
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Tapi macam aku, tiap tiap pagi akan rasa lapar dan dahaga. Mengapa ek? Hehe nanti aku carik jawapannya. Itu sebab lah bangun pagi kalau takda apa makanan pun aku akan minum air. :)
Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak. Ini adalah penting. Contohnya, aku memang tidak boleh habiskan makanan jika aku minum banyak. Itu jugak merupakan salah satu faktor mengapa aku tidak suka order air dikedai makan. Tapi, sebab semua org minum, aku pun joinlah! hehe. :) Sape tahan oi!
Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Kalo kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Ingat tau semua org!
Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk. Alhamdulillah, aku dapat rasa tahap metabolisme aku berubah. Kerana, jika makan sekali banyak pun, aku rasa aku belum cukup kenyang :) Tu yang asyik..( Napa makin kurus?) Haha!
Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung. Pening kepala, dan sebagainya!!
Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan. Tapi kalau air kat bahagian tertentu tu aku no comment lah! Bukan pasal air k! Itu kadang2 faktor genetik! :D Haahah!
Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.Aku pernah mengalaminya. Ini sewaktu aku dilanda gastrik! Perit! Kepala nak pecah!
Satement air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.
Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.
Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Dalam kata lain, air yang keluar dari setiap badan kita kadang2 menyihat kan sistem peredaran darah dalam badan kita. Ye! Apa jua air. :) Proses pencernaan itu sangat penting! But, I have one problem kalo nak share. Kenapa kalau nak buang air *tuttttt*aku perlu tempat tertentu? Haha! Memilih plak! Kalau seminggu balik kampung mmg tak kan la kan. Tapi bila balik umah, best je. Itu nama nye penyakit saikologi. Otak dah set. Jadi tak bagus! N lagi satu, semua ini juga berlaku kerana saiko juga. Especially perempuan, datang bulan akan tidak menentu jika emosi terganggu. Mungkin? Jadi jgn murung! Tidak bagus!
Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.
Tapi, tak rugi pun kalau tengok!!! Thanks juga kepada seorang sahabat yang mengajak aku!
Pada pendapat aku, aku berikan 3 star kepada teater ini. Kerana, endingnya agak rushing! :)
