
The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it. Never regret!! If it’s good, it’s wonderful. If it’s bad, it’s experience...
Sweet moment...Mersing..Nov2011

Malam 20 Teranggun EH! 2011
Venue : Zouk KL
Date :19/11/2011 (Saturday)
Time : 7 pm- 11pm
SEEKERS jadik S***ers!
Uncle Seekers kata : Ketakutan itu satu hiburan
Okay. Apakah cerita Jumaat aku hari ini agaknye? Heee. Kejap lagi jam 2 pm aku dan artisku..Arrora diarah berkumpul di Sri Pentas. Heee untuk bersama sama team Seekers. Haih..apa kejadah aku ngan Arrora ni duk ikut dorang? Btw, Arrora akan menjadi artis undangan lah untuk mengalami keadaan Pelik tapi benar itu. Paranormal. Urmmm kenalah jugak pergi. Dek krn minah ni pun mmg suka sgt aktiviti aktiviti mencabar. Heee.... kami akan bertolak ke Penang jam 2 pm. Pulang ke KL semual pada hari Sabtu.....huhu..... So, doakan keselamatan dan kesejahteraan kami yer! Semoga semuanya berjalan lancar...... Nanti kembali ke KL...aku akan update cerita seterusnya...ttg pergambaran Seekers itu... hiii....
Selamat bercuti semua....Dahla baru balik Penang lastweek, so kene pegi lg this week.. :(
Selamat Pengantin Baru Kerol & Jas!

AIM 18 @ Bukit Jalil, Sabtu 12 Nov 2011
Seperti biasa, saya ditugaskan untuk berasa disana bg meng 'assist artis2 saya. Kami berkumpul di Royal Hotel kerana kami menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kami. Yeheew! Siapa antaranya? Mungkin dorang ni tak femes....tapi takpelah.. apa apa pun hidup kene diteruskan! Aliff Aziz, Alif Satar, Arrora Salwa dan Klangit (band) turut sama dalma rombongan ke Bukit Jalil. Haha. Seronok kdg2 bila majlis majlis camni kita terlibat sebagai VIP :)
Hehe...tugas tugas sudah pu diagihkan. Saya bersama Arrora akan jalan di Blue Carpet.. Erkkkk! Perlu ke masalahnya PR pun kene naik kete Mercs itu? Haha! Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila2... Plaing sonok bila masuk2 tempat duduk depan skali. Aiyooo :) Mmg la muka asyik terpampang dlm TV kan? Sekali skala nak glam2... So, ini ada sedikit gambar2 untuk di kongsi.. lepas ini kita sambung cerita selepas dari AIM18...Kemana pulak aku? hehe!
Clashing colours are no longer a fashion crime!
Saya berada di ofis. Semalam saya cuti kerana saya bekerja di AIM 18. So...skang saya berada di ofis untuk mencari sesuap nasi bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Haha. Kedengaran agak formal disini. Bukan apa, mood harini lebih kepada mood seorang wanita yang sgt gilakan fashion atau apa jua yang melibatkan WANITA. As usual, nafsu wanita nie tak mcm lelaki. Macam macam lah kalau nak di ceritakan. Jadi, sempena hari Selasa ini...diofis yang kejap busy kejap tak busy nie...tetiba terasa nak update blog saya yang sekian lama ditinggalkan. Maaf. Mmg banyak sangat perkara yang nak di update. Apatah lagi ttg pengalaman AIM18 baru baru ini. Huuuhuuu! Lupakan seketika ttg kerja, mari fokus kepada Lifestyle, Fashion & Beauty! Wohooo!
Kalau selama ini, saya mmg sinonim dengan pakaian2 yang agak pelik. Kadang2 suka pakai benda benda merepek. Sebab, benda benda merepek itu sebenarnya satu kepuasan. Bila kita pakai sesuatu yg org tak pakai rasa mcm kita mmg seoarang yg pelik. Saya mmg suka. Pakaian atau apa jua perkara yang COLORFUL. Itu lah sebabnya timbul.. Suzana Rainbow lah apalah. Kerana, dalam kehidupan ini perlu ada warna warni nya... Bila diri saya didekatkan dengan warna warni...secara tak langsung melambangkan keriangan peribadi diri sendiri.
Ada org, cara untuk express dirinya lain. Tp bagi saya...cara untuk express diri adalah dengan melengkapkan diri dengan segala yg berwarna. Sekurang kurangnya....lipstik dibibir juga sudah memadai. Yeah! Banyak pula kata kata yang agak formal disini.
Sekarang nie, COLOR BLOCK FASHION menjadi pilihan. TAHNIAH kpd diri sendiri krn memilih fashion ini sebagai inspirasi. Jika sebelum ini...fashion menjadi inspirasi adalah BOHEMIAN fashion menjadi inspirasi...kini...kedua dua style ini menjadi inspirasi. Woot! Kalau selama ni saya pakai suar hijau baju putih...mesti ada org kata "Macam badot" kah2...actually, secara tidak sedar...kita telah pun terjebak dalam fashion semasa! Urmmm... so bila bukak almari baju skang...YES! Mmg kebanyakkan baju semua kene dengan inspirasi. Jummm cuci mata... lihat fashion ini!














