Baguskan dia??


Walaupun kerap digandingkan dengan pelakon wanita jelita, namun aktor berusia 33 tahun ini mengakui dirinya setia kepada yang satu."Saya tak tergugat dengan mana-manawanitayang datang. Bergandingan dengan Erra Faziradan Nasha Aziz membuatkan saya lebihmemikirkan mutu lakonan saya daripada sibuk memikirkan hal lain."Setahu saya cinta lokasi tak wujud. Isteri faham dengan kerjaya saya asalkan tidak melampaui batasan. Selalunya dia yang excited bila saya akan digandingkan dengan aktress popular," ujar bapa kepada Danish dan Dwi ini.


Elak Adegan Berpeluk

Status sebagai suami menyebabkan Aaron begitu teliti dengan setiap adegan yang akan dilakonkannya. Mengelakkan babak janggal yang memerlukannya berpelukan untuk keselesaan kedua belah pihak.

"Saya memang segan bila ada adegan peluk so kalau boleh saya akan elakkan. Ada babak saya perlu berpelukan dengan Erra dalam drama Cinta Lelong tapi setelah berbincang dengan pengarah, kami tukar kepada adegan yang lain yang lebih selesa," ujar aktor kelahiran Singapura ini.

Aaron Aziz akan muncul dalam drama terbaru terbitan Astro Ria berjudul Cinta Lelong arahan Micheal Ang. Drama ini mengisahkan kehidupan komuniti masyarakat di sebuah pasar basah di Malaysia yang berbilang kaum. Aaron akan digandingkan bersama Erra Fazira, Vanessa Chong dan Kanchana Devi. Saksikan Cinta Lelong di Astro Ria (saluran 104) 30 Oktober ini pada jam 9.30 malam.


No comments:

Post a Comment