Kau & Aku tidak hilang.Masih disini.

Even setiap pemberian itu adalah secebis kata kata semangat pun sudah cukup untuk kita ungkapkan segala yang tersirat. Aku berkata-kata sangat hebat. Aku menasihati org sangat hebat. Kadangkala aku juga yang terlupa, siapakah aku sebenarnya? Terima kasih dan aku sangat terharu bila benda itu di beri kepada aku. Aku malu. Aku malu. Aku mmg la pemalu. Sbb? Aku segan. Aku segan bila org memberi sesuatu kepada aku. Tapi aku ber kepada org tak pe :) Sama ada dengan penuh keikhlasan atau tidak, aku sangat appreciate. Aku dapat lihat perubahannya dari hari ke hari. Semakin hari kehidupannya semakin matang. Aku sayang kau. Walaupun kau ada kehidupan kau sendiri, tapi sebagai 'kawan' aku berbangga dengan apa yang kau ada sekarang. Kau mampu dapat lebih dari apa yang kau ada sekarang. Tapi, dengan syarat kau harus bersyukur dan tidak lupa akan ibu bapa. Jangan kau fikir pasal aku. Aku tetap aku. Aku manusia biasa. Aku kadang kadang pun tidak tahu dimana arah tuju aku. Tapi kau. Kau teruskan hidup dan perjuangan kau. Cuma aku berpesan, suatu hari jika kau berjaya, kau gembira, kau senang, ingt sahaja pada aku sudah cukup. Kisah-kisah silam aku bersama kau sudah aku kuburkan. Ingat, aku sayang kau. Jika disebut pasal sayang tidak bermakna aku ingin menganggu kehidupan kau. Privacy kau. Janji aku adalah, aku ingin lihat kau bahagia. Bahagia dengan apa yang kau ada. Bahagia dengan orang yang kini bersama kau. Mahupun aku pernah hadir dalam hidup kau suatu ketika dahulu, kau banyak jugak mengajar aku perit kehidupan. Aku jadi lagi kuat dan kuat. Aku bersyukur kerana CIRCLE NEVER ENDS. Aku ingin kau dan dia kembali seperti dulu. Kau ingat, ada orang yang sangat lagi memerlukan kau. Jangan kisah pasal aku. Aku tahu untuk kawal diri aku. Aku perempuan hebat. Macam-macam aku tahu. Tapi mengapa? Mengapa? Aku masih disini. Mengapa? Kerana, FRIENDSHIP FOREVER. Terima kasih atas segalanya. Mungkin aku tidak layak ungkapkan kata kata manis. Aku tidak layak ungkapkan kata kata manja. Tapi aku mampu untuk memberi kau semangat. Doa aku semoga aku dan kau masih di jalan yang sama. Jika aku tidak diperlukan, bukalah mulut. Aku sedia untuk mengundur diri. Kau baik. Kau penyayang. Kau pemurah. Kau berbudi. Aku sentiasa di belakang untuk membetulakan apa yang silap datangnya dari sesiapa yang berkata pasal kau. Aku, kau dan dia dan mereka. Aku memilih kau. Jika ada orang yang sayang pada kau. Hargailah dia. Hargailah dia. Buat apa yang termampu. Jangan hirau kan aku. Aku tahu jaga diri aku. Aku sayang kau.

No comments:

Post a Comment