Bila cinta kini.Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan
Haha..baru2 nie..dapat jemputan khas untuk sekian kalinya..untuk ke Gala Nite screening movie terbaru 'Lagenda Budak Setan'...okaylaaa..Sebelum tu nak mention sikit..tekejut jugak bila pakej dalam filem nie pra-perfect! Haha! Bila watak utamanya nama adik perempuan aku..Ayu..then besfren ayu tu nama penuh aku..then lagi sorang watak nama kakak aku! Haha! mmg kene bahan la malam tu! k...tiba masanya untuk menjadi pengkritik filem pulak kaannn... ;) Boley tahan jugak jalan ceritanyaaa cuma apa yang perlu maybe tekankan lagi secara mendalam jalan ceritanya. Mungkin ada org yang pernah membaca novelnya paham akan jalan ceritanya...tapi..tak semua org pun leh paham apa sebenrnya motif ceritanya. Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada Farid Kamil dan Lisa Surihani..sbb dirorang nye lakonan mmg menjadi. Sangat menjadi.
Tapi yang lain..untuk introduce2 new line up tu...still no comment..but keep up a good works! Tahniah. Sekian kali..pertama kalinya jugak...rakan2 sahabt handai ku dijemput bersama untuk menonton filem tu mlm tu...hehe...Best! Ada yang bekotak2 tisu tu yg tak tahan! Haha..apa yang paling sedih bila babak suami memukul isteri. Hmmm...itulaaa hakikatnya...kadangkala bila mulut berkata 'sayang' tapi kenapa kita disakitkan? Sakitkan tidak kira mahupun fizikal atau mental. Wahai kaum Adam..apa jua yang berlaku...haruslah engkau mengawal emosi serat bertidak gunakan akal...sudahlah jiwa dihancurkan...apa lagi yang tidak cukup...fizikal pun turut dirosakkan..sakit bodoh pukul2! Nak gadoh gadoh ngan laki la...Kaum Hawa ni kaum lemah...semulajadi lemah..ada otak pakai! Hehe. Lupa nak puji lakonan Que Haidar..hahahh! Perfect! Ko berjaya membuat org benci dgn watak lelaki macam kau..hahah..
Apa-apa pun...kisah lagenda budak setan ni mengisahkan..betapa SETIA nya seorang yang bernama lelaki terhadap CINTA nya....ibaratkan..."DIA BUKAN MENCARI GADIS..WANITA..PEREMPUAN..tetapi CINTA"..hahah! Ingt! Apakah istilah CINTA? CINTA pelbagai benda dapat diungkapkan...subjektif. Hmm cukuplah bebel pasal Gala Nite nie..Nak cari lagu tama filem tuh..macam layan2 feeling jer! Haha..

p/s : bestnye kalo semua lelaki macam Kasya dalam watak Lagenda Budak Setan tu...penyayang..pengasih...romantik...sgt bertolak ansur..lemahlembut...dan paling penting..SETIA dan JUJUR! Kuharapkan yang terbaik untuk semuaaaaaa..semoga kamu semua ditemukan dengan cinta yang sejati serta pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain...Ingt...jika dia yang terbaik..atau dia bukan yang terbaik..pokok pangkalnya.."KITA YANG MEMILIH"...Assalammualikum.
No comments:
Post a Comment