Assalammualikum,
Agak lama aku meninggalkan galeri ini. Lama di tinggalkan, tidak semestinya dilupakan. Sekali lagi post ke-2 aku coretkan pada hari ini, 10 Jun 2014 (Selasa).
Saja ingin berkongsi cerita-cerita indah. Di sebabkan post seorang rakan mengenai cerita kahwin #famynanaweds di blog beliau, terasa tertarik jari jemari ini untuk meluahkan perasaan apabila aku sah bergelar title seorang isteri kepada si dia. Terima Kasih Pika, atas penulisanmu itu. So sweet :)
Perkenalan kami lebih kurang 7 tahun lalu, di akhiri dengan satu lafaz yang sah, aku dengan rasminya menjadi milik si dia. Sambil menulis, membuatkan aku mengimbau kembali bibit-bibit cinta yang telah di ukir dijiwa ini. Selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama si dia pada 22 Disember 2014. Mengikat tali pertunangan hampir lebih setahun dan aku kini bahagia di sampingnya. Tarikh keramat bagi kami berdua 17 Mei 2014, Sabtu. Aku melakar lagi satu sejarah dalam keluarga kerana melangsungkan majlis pernikahanku di rumah ibu bapa ku sendiri. Dengan izin Allah S.W.T, segala urusan majlis pernikahan berlangsung dengan penuh kesyukuran.
Terima Kasih kepada kamu, kerana memilih aku untuk menjadi teman hidupmu. Terima Kasih juga kerana menerima aku seadanya. Terima Kasih juga kerana bersabar dengan segalanya tentang aku. Terima Kasih juga atas pengorbanan yang telah diberikan. Terima Kasih kerana menjadikan aku ratu dalam hidupmu. Terima Kasih, terima kasih kepada si dia yang kini bergelar suami kepada aku. Kepada Mohd Fahami Ghazali, dengan sekali lafaz dan nikahkan oleh ayahanda kandung ku sendiri, aku sah menjadi milikmu untuk selamanya insyaAllah.
Perasaan aku ketika itu sangat gembira. Ternyata, titisan airmataku tidak sempat dicurahkan selepas aku sah bergelar seorang isteri. Akibat terlalu gembira dan sedih, aku hanya mampu tersenyum dan menahan air mata yang ingin mengalir. Di hadiri oleh sanak-saudara, rakan-rakan akrab, serta rakan sekerja membuatkan susasana majlis menjadi sangat meriah.
No comments:
Post a Comment