TEATER SRI MERSING


Seperti biasa entry yg akan bercerita tentang teater yanag hangat diperkatakan dalam media massa. Sri Mersing. Sebuah teater yang mengisahkan kisah masyarakat di sebuah tempat yg dinamakan Mersing yg terletak di Johor. Kisah ini juga mengisahkan percintaan antara halangan ibu bapa demi menjaga nama baik kelaurga...sanggup menggadaikan nyawa anak sendiri. Dimakan kebenaran? Apakah manusia kadangkala leka dengan memikirkan HATI serta PERASAAN seseorang? CINTA dan SAYANG tidak boleh dipaksa. Itulah yang terjadi kepada Sri Mersing ( elly Mazlien) apabila cintanya dikhianati oleh seoarng jejaka lakhanat! Seorang jejaka yang merupaka anak Tok Penghulu..yang hanya memikirkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuannya. Bagaimana dengan hati dan perasaan anda apabila dipaksa untuk menyintai seseorang? Padahal hati kat org lain? LU PIKIR LA SENDIRI! Tetaer ini juga merupakan adaptasi dari fiilem purbawara yang klasik dalam sebuah persembahan pentas yang moden.

Rentetan kronologi cerita walaupun dipecahkan kepada 2 time-frame atau zaman di tahun 1870 dan 1900 diselang-seli dengan lancar melalui penggunaan sepenuhnya pentas (darat/kampung) dan binaan set 'jeti sungai' di hadapan pentas secara berganti-ganti. Kawalan penataan cahaya sangat khusus untuk menjuruskan serta mengalihkan tumpuan penonton kepada kemunculan watak-watak yang menghuni setiap zaman. Kisah purba sebegini dimana kostum tradisional kampung kedua-dua era tidak banyak berbeza kerana masih berkisar di lokasi yang sama di atas tanah Sri Mersing yang serupa. Maka penampilan identiti kelompok masyarakat kedua-dua zaman itulah yang mesti mampu membezakan di tahun yang mana satu sedang penonton saksikan. Muzik iringan yang melatari setiap babak juga begitu sama dengan skor muzik filem purba Melayu. Secara peribadi, saya nyatakan bahawa ia berjaya!

Apa yang dapat aku rumuskan...pementasan teater ini seakan mahu menyerlahkan fenomena politik yang pernah dilalui pada masa lampau oleh masyarakay Melayu. Teater ini juga menggambarkan detik2 getir bagaimana kayanya seseorang itu dengan hanya bertatahkan harta serta nama, dapat menutup keslahan dan membeli manusia! Pengulangan sejarah hitam politik dalam masyarakat Melayu sedang dan akan berlaku lagi di masa akan datang.

Mungin sebelum aku bercerita lanjut, pasti semua nak tahu kan watak2 yang ada dalam cerita ini. Apa kata korang je g tonton ataupun buat sikit research tentang kisah Damak dan Deli ini. Mesti! Confirm korang pun akan paham. Aku bagi 5 star jugak kepada Sri Mersing..ala ala cerita bekisahkan masyarakat ni sebenarnye perlu di perbanyakkan lagi di Malaysia. Bukannya apa, atleast org2 kita ni nampak apa itu kebenaran. Kadang2 kita leka dengan apa yang kita ada, ada yang sampai maruah juga tergadai...belum lagi tanah air kita tergadai.

Berbagai perwakilan watak kotor ditampilkan misalnya melalui watak-watak Sri Siantan (Melissa) yang sanggup memfitnah Damak demi kepentingan peribadi seksualnya, kedua-dua Penghulu yang gila kuasa veto melalui kroni anak masing-masing, Jalak Lenteng (Jeff) dan Tambak (Shuib) para pengampu dan pengendali kejahatan yang sanggup berbohong sebagai kuli kerajaan korup, Orang Kaya yang menggunakan harta untuk merasuah serta Puteh iaitu gunting dalam lipatan yang menunggu masa untuk merampas kuasa dari kerajaan yang semakin lemah.

No comments:

Post a Comment