Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan mendadak. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.
Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.
Tetapi, bagaimana pula kita yang tidak langsung meminta apa apa darinya, malah kita hanya ingin mengadu nasib serta berkongsi cerita sahaja...tetapi kita hanya diaanggap sekadar habis madu sepah dibuang? Nak carik, taknak buat tak tahu? Adakah mereka berfikir tentang perasaan itu? Kita bukannya minta kemewahan yang lumayan, hanya berkongsi cerita..betanya khabar. SALAH KER??? APA MASALAH NYER?
Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda atau kekasih anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk EGO lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. EGO dia mesti lebih tinggi dari EGO perempuan. Jadinya, baguslah EGO tinggi. Jangan risau..kerana perempuan mampu untuk menurunkan EGO nya..apa perlu risau?
Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang wanita dan berdasarkan pengalaman. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul bagi sesetengah orang yang lain....
LAIN ORANG LAIN PENDAPAT.
APA PENDAPAT ANDA? ADAKAH SEMUA MANUSIA SEMPURNA?
No comments:
Post a Comment