From AMP to Suria! Good Bye Linda!


Segala spekulasi kini telah berakhir. Linda Onn dan Halim Othman sah bergelar penyampai radio Suria FM. Penyertaan kedua-dua personaliti radio ini ke Suria FM telah diumumkan dalam satu sidang media bagi memperkenalkan barisan penyampai dan aktiviti Suria FM bagi tahun 2010 sebentar tadi. Bercakap kepada pihak media, Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, “Linda dan Halim adalah pilihan terbaik untuk Suria FM. Memang ramai calon yang memohon untuk menjadi penyampai di stesen radio ini, tetapi Linda dan Halim adalah pilihan pengurusan dan pendengar kami. Saya telah lama kenal Linda iaitu kira-kira 10 tahun lalu dan saya tahu dia adalah seorang penyampai yang baik. Begitu juga Halim. Kehadiran mereka pasti dapat menarik lebih ramai pendengar selepas ini,” ujar Yusry.Mengulas pendapat yang mengatakan Suria FM sanggup membayar Linda Onn dua kali ganda daripada yang diperolehi di AMP Radio Networks pula, Yusry memberitahu perkara itu sebenarnya tidak berlaku. Baik Linda mahu pun Halim, masing-masing tidak 'demanding' seperti yang disangka orang lain.Apa jua keputusan Linda yang dahulunya pernah berkhidmat di AMP Radiod Networks, di bawah naungan ERA dan SINAR, semoga Linda teruskan khidmatnya bagi memantapkan lagi dunia penyiaran Radio dinegara kita! All the best Linda!
p/s : Tipu lah cakap tak sedih! Aku baru je sebulan merangkak kat AMP! Linda dah tukar angin :) Tapi nasib kat Suria. Sbb..sbb..

No comments:

Post a Comment