Sejarah Baru Dalam Hidup. Dia Suami Aku.

Assalammualikum,

Agak lama aku meninggalkan galeri ini. Lama di tinggalkan, tidak semestinya dilupakan. Sekali lagi post ke-2 aku coretkan pada hari ini, 10 Jun 2014 (Selasa).

Saja ingin berkongsi cerita-cerita indah. Di sebabkan post seorang rakan mengenai cerita kahwin #famynanaweds di blog beliau, terasa tertarik jari jemari ini untuk meluahkan perasaan apabila aku sah bergelar title seorang isteri kepada si dia. Terima Kasih Pika, atas penulisanmu itu. So sweet :)

Perkenalan kami lebih kurang 7 tahun lalu, di akhiri dengan satu lafaz yang sah,  aku dengan rasminya menjadi milik si dia. Sambil menulis, membuatkan aku mengimbau kembali bibit-bibit cinta yang telah di ukir dijiwa ini. Selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama si dia pada 22 Disember 2014. Mengikat tali pertunangan hampir lebih setahun dan aku kini bahagia di sampingnya. Tarikh keramat bagi kami berdua 17 Mei 2014, Sabtu. Aku melakar lagi satu sejarah dalam keluarga kerana melangsungkan majlis pernikahanku di rumah ibu bapa ku sendiri. Dengan izin Allah S.W.T, segala urusan majlis pernikahan berlangsung dengan penuh kesyukuran.

Terima Kasih kepada kamu, kerana memilih aku untuk menjadi teman hidupmu. Terima Kasih juga kerana menerima aku seadanya. Terima Kasih juga kerana bersabar dengan segalanya tentang aku. Terima Kasih juga atas pengorbanan yang telah diberikan. Terima Kasih kerana menjadikan aku ratu dalam hidupmu. Terima Kasih, terima kasih kepada si dia yang kini bergelar suami kepada aku. Kepada Mohd Fahami Ghazali, dengan sekali lafaz dan nikahkan oleh ayahanda kandung ku sendiri, aku sah menjadi milikmu untuk selamanya insyaAllah.

Perasaan aku ketika itu sangat gembira. Ternyata, titisan airmataku tidak sempat dicurahkan selepas aku sah bergelar seorang isteri. Akibat terlalu gembira dan sedih, aku hanya mampu tersenyum dan menahan air mata yang ingin mengalir. Di hadiri oleh sanak-saudara, rakan-rakan akrab, serta rakan sekerja membuatkan susasana majlis menjadi sangat meriah.

Kerja baru. Selamat tinggal kerja lama.

Hari ini Selasa bersamaan 10 Jun 2014. Pada tarikh 1 Julai pula, genaplah cukup setahun aku meninggalkan suasana 'havoc' di tempat kerja lama aku. Kata orang, rezeki ada di mana-mana sahaja. Adanya usaha, ada jugalah kejayaan. Dengan berkat kesabaran selama hampir 5 tahun juga lah aku meninggalkan tempat yang mengajar aku suasan bekerja sebagai seorang PR. Bye bye Sony Music :)  Hallo Astro! Buat masa sekarang, suasana mungkin ada sedikit perubahan, tapi kerja masih sama. Tak sama 100% tapi masih kerja mencari publisiti untuk talent. Syukur ya Allah rezeki yang telah kau berikan. Niat selepas aku bertukar menjadi tunangan orang tanggal 22 December dimakbulkan Allah S.W.T. Semoga dengan rezeki yang diberikan ini, mendatangkan lagi sejuta kebaikan buat diri ini. 

My E - Day

Pictures speaks louder than words :)

Alhamdullilah....

Tanggal 22.12.2012 kami dengan izin Allah..ikat perhubungan ke satu tapak lagi,..
Ya Allah...semoga permudahkan urusan kami.. insyaAllah..

Apa yg boleh kutakan...

On 7.09.2012 (His birthday) -  After almost 5 years. Surprisingly, he proposed me. In front of his family & my family. I started crying inside.. for d surprise ring. I couldn't believe it. I looked in his eyes and I said YES.

Our Engagement Day memories 22.12.2012  - Just sharing.

Time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve, too short for those who rejoice, but for those who love, time is eternity.

Lucky I'm in love with my bestfren forever!












Two souls, one heart.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Amin.

Masscom forever. He is my senior.





 LOVE IS IN THE AIR. LOVE IS SURPRISE!


 I LOVE YOU..

SETAHUN BERLALU..RINDU BLOG!

Assalammualaikum...Setahun berlalu..sedar tak sedar.. my purplish pun berusia setahun! Woweeeee apa aku buat sampai busy sangat terlupa n memang langsung tak hiraukan blog aku neh! Ahaaaa...rindu nye pasal pagi2 buta nie aku update la apa apa patut :) Sebab esok my OFF DAY! Lalalalaaaaaaaa............So malam nie pinja la laptop adikku yg sedang cuti sem. Woooweee! Esok Isnin dan aku bercuti. Perkara paling indah :) Di saat melayan perasaan nie, bakal aku update detik2 cerita ku untuk kesimpulan tahun 2012 nie. Maklumlah..busy dengan kerjaya..busy dengan urusan peribadi..paling penting busy dengan kerjaya yang banyak mengajar aku erti SABAR dalam kehidupan. Ya Allah. Permudahkan perjalanan ku ini... :)

Cermin-cermin diri sendiri dulu

'Sebelum tegur salah orang, tegurlah diri sendiri dulu'

Ayat kat atas pendek dan mudah untuk kita faham. Tapi selalu kita abaikan perkara ni. Tegur salah silap seseorang memang perkara yang bagus, supaya seseorang tu tak ulang kesilapan yang sama. Tapi kalau kita sendiri pun buat silap yang sama, ( lagi teruk kalau buat-buat tak tahu atau taknak mengaku salah sendiri - EGO ) sesuai ke kita tegur? Dapat ke teguran tu meresap dalam hati dan fikiran dia kalau kita pun buat silap yang sama?

Don't judge ME!

Living our lives on a day to day basis, and pursuing our dreams as our heart guides us to, requires us to not care about whether or not people approve of what exactly we are doing.
Yet sometimes it is hard to live life without thinking about what those closest to us feel about what we are doing. It is important to tell our loved ones “don’t judge me.”
It is hard enough to live and go after our goals and aspirations while being judged by the rest of the world, and even harder when we are judged by our peers. In order to be able to tell others don’t judge me, you have to set the example, and not be judgmental to others.
The only entity who has the right to judge anyone is Allah S.W.T

My new baby....



Amboi, gediknyer gambar kat atas nie! Menyampah. Macam dia sorang jela yg ada kan. Hehe. Ermm...Itulah die.....Hehe..

Lama jugak tak update blog. Sorry, busy sgt2. Sampai semangat nak update pasal my new baby pun tak sempat :( So, alhamdullilah. Berkat kesabaran serta kegigihan diri ini..finally saya mampu untuk memiliki sebuah baby baru :) Seronok sgt. Seronok sebab...kali ini mampu utk berbuat apa sahaja menggunakan wang titik peluh sendiri...Paling best bila Mak Abah yang happy sgt. Takde la..bukan apa. Selalu kesana sini dengan Si greeny sexy itu! Kalini dengan Purplish. Mana dtg sebenarnya nama Purplish tuh? Sebenarnya, kite ngan dia..dah plan nak panggil dia Labi...Labi... so kalau Labi dia akan berjantina "Lelaki" pulak. Sebab asal usul die.. "Lagi best! Lagi best!" Haha. Ni gara gara tuannya si gadis blacky laaaaa! Panggil Purplish...so jd la sedara mara die...Hehe. Ribuan terima kasih...sebab masa pengambilan my Purplish nie... sahabat saya Cik Diana itu yg menemani...di saat genting lah katakan. Takpelah, bak kata org...beli kereta itu umpama perkara terpaksa... Nak taknak mmg kene ADA. Lantaklah...sukatilah... Hutang bukan korang bayar pun...Kannnn!
(Tulisan ini pun nak purple jugak! :p )